Monday, August 6, 2012

ALPHA LIPID SD11 - INFO - NUTRITION FACTS - CHILLI SAUCE

Info by Encik Kamarul Nordin - Credit goes to him - I am just sharing the info:-

Belajarlah Membaca Fakta Nutrisi Makanan Yang Betul
Beberapa hari lepas saya telah berjumpa dengan seorang pengamal diet SD2 yang agak perlahan penurunan berat badannya dan meminta saya menganalisa kenapa penurunan berat belia terlalu perlahan. Belia hanya turun 2 kg sahaja selama 2 minggu menjalani program diet SD2 dan ujian ketosticks beliau masih putih setiap hari.

Selalunya soalan yang saya ajukan adalah tolong anda ceritakan apakah yang anda masukkan kedalam mulut anda selama satu hari dari bangun tidur hingga tidur semula pada waktu malam dan waktu bilakah anda mengambil makanan tersebut. Walaupun ini soalan yang mudah, tetapi selalunya juga saya tidak mendapat jawapan yang lengkap. Semuanya menceritakan secara seimbas lalu sahaja dan menyangka bahawa mereka telah melakukan cara makan yang betul. Masih terlalu ramai diantara kita yang belum faham dengan sebenar apakah maksud makanan berkarbohidrat dan menyangka mereka telah melakukan dengan betul segala pantang larang SD2.

Setelah menganalisa dengan lebih mendalam, bahawa kawan kita ini setiap hari mengamalkan makan ayam di KFC kerana mudah untuk mendapatkan bekal protien apabila balik dari kerja. Tetapi apa yang beliau tidak cerita adalah beliau memakan ayam tersebut dengan sos chillie yang terdapat di KFC. Oleh kerana penjumpaan kami juga di sebuah outlet KFC di ibukota, maka saya pun terus mengambil botol sos chillie tersebut dan membacakan kandungan karbohidrat yang terdapat didalam sos chillie itu kepadanya:


CHILLIE SAUCE XXX NUTRIONAL FACTS
Serving Size (1 Table Spoon)
Total Carbohydrate 63 g
Diatery Fiber 10 g
Sugar 17 g

Total Net Carbs is 63 g - 10 g = 53g

Daripada kandungan ini kita boleh memahami bahawa jika kita memakan satu sudu sahaja sos chili ini maka jumlah net karbohidrat yang kita makan adalah 53 gram (63 gram tolak 10 gram) dan ini sudah melebihi limit yang kita boleh makan iaitu 35 gram sehari supaya badan masih boleh membakar lemak. Kandungan-kandungan lain tidak perlu dilihat dengan lebih teliti kerana tidak memberi apa-apa impak dalam proses menurunkan berat anda.

Belajarlah mengira berapa Net Carbs yang boleh makan didalam semua jenis makanan yang kita ambil dengan menolak jumlah kandungan fiber dari jumlah keseluruhan karbohidrat. Walaupun fiber adalah juga terdiri dari karbohidrat tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kandungan gula didalam darah kita dan boleh ditolak dari jumlah keseluruhan karbohidrat. Apabila anda telah pandai membaca jumlah kandungan Net Carbs, maka anda tidak perlu lagi bertanya sangat kepada orang lain adakah sesuatu makanan itu boleh makan atau tidak kerana anda sudah boleh menentukannya sendiri.

Apabila telah faham dan sedar akan kesalahannya selama ini maka kawan kita ini mula menceritakan akan kemungkinan bahan-bahan lain yang dia termakan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Jadilah pengamal SD2 yang bijak dan belajarlah cara mengira jumlah karbohidrat yang anda ambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...