Monday, August 6, 2012

ALPHA LIPID SD11 - INFO - BAGAIMANA MENANGANI PENURUNAN BERAT BADAN YANG PERLAHAN (PART 1 & 2)

Very good info by En. Kamarul Nordin - Credit goes to him - I am just sharing the info:-

Bagaimana Menangani Penurunan Berat Badan Yang Perlahan ? (PART 1)

Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan apabila telah lebih seminggu memulakan program diet SD2, ini bermakna tahap kesihatan metabolism anda adalah lebih perlahan dari orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar simpanan lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat menurunkan lemak, anda juga mungkin menghadapi masalah sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolism yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-

1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkabohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi ?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan lebih teliti seperti salad dressings, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Sila lihat tulisan saya sebelum ini mengenai karbohidrat tersembunyi. Gunakanlah keto sticks secara lebih kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.

2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya ? Adakah anda masih berlapar ?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak harus mengurangkan makan atau meninggalkan waktu makan anda. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar makan badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan diwaktu susah untuk mendapatkan makanan.

3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan anda serta supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi atau termasuk didalam senarai ubat-ubatan yang melambatkan penurunan berat badan seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.

4. Jalanilah cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam.
Pada tahap ini anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula didalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak didalam badan. Cara pemakanan protien yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan diantara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.



Bagaimana Menangani Penurunan Berat Badan Yang Perlahan ? (PART 2)

Anda perlu ikhlas pada diri sendiri untuk memahami permasalahan pemakanan anda dan apa yang menyebabkan anda tidak turun berat badan. Banyak pertanyaan yang saya terima dapat diselesaikan dengan mudah dengan menganalisa cara pemakanan anda dengan senarai pemerhatian berikut:-

6. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari.
Bukan sahaja dengan meminum banyak air anda boleh mengatasi masalah sembelit, anda juga boleh membezakan samada anda betul-betul lapar atau cuma dahaga. Badan anda mungkin memberi alamat yang ia sedang lapar padahal apa yang ia perlukan adalah sebenarnya minuman. Air yang cukup diperlukan untuk tindakbalas pembakaran yang optima didalam badan dan pembuangan kumuhan pembakaran iaitu ketone melalui air kencing. Kekurangan air menyebabkan tindakbalas pembakaran menjadi tidak efisien dan melambatkan penurunan berat badan.

7. Adakah anda period semasa melakukan diet SD2?
Pada waktu ini tindakbalas kimia didalam badan kita tidak menyebabkan apa-apa pembakaran lemak dibadan. Berat badan tidak akan turun dan keto sticks kita akan sentiasa putih pada waktu ini.

8. Apabila anda sembelit, maka lakukan yang sepatutnya. Apabila anda sembelit maka anda akan merasa sembab dan merasa lemah untuk melakukan senaman dan akibatnya berat badan anda tidak turun. Makanlah banyak sayuran (jangan makan buah-buahan lagi masa waktu ini), minum banyak air dan tambahkan fiber atau physillium husk (yang tidak berperisa) didalam minuman anda. Masalah ini akan selesai dengan mudah.

9. Jangan terlebih makan pemanis tiruan.
Setiap paket pemanis tiruan mengandungi lebihkurang 1 g karbohidrat. Sekiranya kita makan 5 paket sehari anda hampir memakan lebihkurang suku dari jumlah karbohidrat yang dibenarkan. Jangan mengambil lebih dari 3 paket sehari. Setengah orang menghadapi lebih masalah untuk memecahkan ketagihan karbohidrat apabila memakan pemanis tiruan. Apabila anda masih ketagih karbohidrat selepas satu minggu mengikuti program SD2, berhenti terus segala pemanis tiruan dan cuba perhatikan sekiranya ketagihan anda mula berkurangan dan penurunan berat anda sudah berfungsi kembali.

10. Berhenti minuman berkaffein.
Sekiranya anda ketagih minuman berkaffein, maka anda perlu beralih kepada minuman decaf tanpa gula. Kaffein berlebihan seperti didalam koffe, teh dan cola memberi kesan kepada kandungan gula didalam darah dan akan menyebabkan anda ketagih gula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...